Rindu Seorang Anak




Hari ni Mutiara Tertido awal (lepas Isyak terus tido).Penat rasanya...dan baru sekarang Mutiara rase segar. Ni pun masa dah pukul 2 pagi. Bila Mutiara sedar je terus nengok handset..sedihnya bila terbaca mesej dari Kasih yang telah dihantar sekitar pukul 12.30 tengah malam tadi..Kasih bagitau yang Permata nangis je dari tadi.. Kasih cakap mungkin sebab dia rindukan papa dia...hem....apa yang Mutiara boleh buat...Mutiara tak sampai hati juga..sian kasih juga sebab kena bersengkang mata jaga Permata sorang-sorang...


Dua malam yang lepas, masa Mutiara ada di kampung bersama Kasih dan Permata...taklah pula Permata menangis sangat...Ya ALLAH...ni lah kekuasaanMU...anak yang Masih kecil, yang tidak mengerti sesuatu apa lagi pun telah boleh dapat merasai ketiadaan...Maha Agong kekuasaanMu Ya ALLAH...sesungguhnya aku dan keluargaku adalah insan yang kerdil, yang sedang mencari kebahagiaan...Engkau berikanlah kepada keluargaku kebahagiaan yang kami cari selama ni...semoga kami berada tetap dalam keimanan terhadapMU..


Permata...sesungguhnya papa tiada di sisiMU kerana papa sedang menunaikan tanggungjawab papa di sini... seandainya kalau papa ikutkan kemahuan papa...sememangnya papa tidak akan tinggalkan Permata jauh dari pandangan mata papa...Kita sama-samalah untuk belajar erti pengorbanan ye sayang...


Semoga pengorbanan yang di buat akan mendapat balasan yang terbaik dari ALLAH s.w.t.

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply

Entri Terkini

Flash Bahagia Mutiara Kasih

Ikut Mutiara

Sahabat Mutiara