Archives

Sekali Lagi Kasih Di Uji


Allahamdulillah...Mutiara panjatkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan segala limpah kurnia dan ramatNya ke atas keluargaku ini...mudahan perjalanan bahtera kami akan terus berkekalan dengan limpahan rahmat magfirah darinya...Ujian Allah tanda kasihnya kepada setiap hambaNya..lantaran itu Mutiara ingin selitkan sedikit coretan yang berlaku sepanjang Kasih hamil...

Sepanjang Kasih hamil, rasanya banyak dugaan yang dihadapi Kasih. Ya Allah Mutiara bermohon agar kasih akan terus tabah dan sabar dengan segala ujian yang diberikanNya. Kasih di uji dengan mengalami Bleding pada awal-awal mengandung...tapi alhamdulillah rezeki dari Allah masih ada untuk kami. Janin masih lagi lekat dalam perut Kasih. Mutah-mutah dan alahan itu perkara biasa yang berlaku bagi seorang yang hamil. Pada ketika itu kasih telah di tahan di wad lebih kurang 2 hari 1 malam. Bagi Mutiara ini adalah pengalaman dan cabaran pertama dalam hidupku sebagai seorang suami.

Selepas dari kejadian itu, berlaku lagi ujian yang Allah telah berikan kepada Kasih. Kali ini kasih telah jatuh tangga di rumah pada waktu petang ketika hendak turun dari tangga. Kesian Kasih kerana terpaksa menahan sakit akibat dari kemalangan tersebut..sekali lagi kesyukuran Mutiara panjatkan ke atas Ilahi kerana masih mengekalkan rezeki kami. Baby dalam kandungan tidak mengalami apa-apa perkara yang tidak diingini.

Sekali lagi Kasih diuji, kali ini ketika usia kandungan mencecah 32 minggu. Mutiara telah ditahan sekali lagi di Wad Hospital Batu Pahat. Kasih mengalami beberapa masalah iaitu darah tinggi, kencing kotor dan urite acid tinggi mencecah 499. Alangkah risaunya Mutiara apabila menerima berita tersebut. Lantaran beberapa masalah itu, Kasih telah diletakkan dibawah penjagaan rapi dalam Dewan Bersalin Hospital. Tiada siapa dibenarkan melawat kasih kecuali Mutiara suaminya. Kesian Kasih kerana menghadapi ujian ini. Namun, Alhamdulillah Kasih setelah 3 hari 2 malam kasih telah dikeluarkan dari Dewan Bersalin dan dimasukkan ke wad 9 Hospital BP. 3 hari kemudian barulah kasih dibenarkan keluar dari hospital bila didapati kesihatan kasih semakin pulih.

Ya Allah, alangkah bersyukurnya Mutiara dengan berita ini. Lantaran dari itu, perancangan Kasih dan Mutiara untuk mengadakan kenduri kesyukuran di Tangkak telah dirangka semula. Kenduri ini telah diadakan pada hari jumaat (16.10.2009) bertepatan dengan tarikh kelahiran Mutira. Syukur Allahamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya. Setelah berada di Tangkak selama 3 hari, Mutiara dan Kasih telah kembali semula ke BP kerana Kasih akan di Check oleh nurse kampung. Esoknya, pada hari Isnin, Mutiara telah menemani Kasih ke Hospital BP untuk membuat pemeriksaan biasa di Bilik Pakar 5. Setelah selesai membuat pemeriksaan termasuk di scan, sekali lagi Kasih menyatakan bahawa Doktor ingin menahan Kasih di wad atas alasan baby kecil (pembesaran tak sepadan dengan umur). Ya Allah tensionnya Mutiara mendengar perkhabaran tersebut. Namun akhirnya setelah dibuat perbincangan dengan doktor, Kasih telah diminta oleh doktor untuk kembali dirawat di wad hospital pada hari rabu (21.10.2009). Doktor memberi alasan penahanan ini dibuat untuk menjalankan ujian dopler ke atas Kasih. Namun, Alhamdulillah...pada hari esoknya..setelah dibuat pemeriksaaan ke atas Kasih dan didapati semuaya ok...Kasih telah dibenarkan pulang oleh doktor.

Namun sekali lagi Kasih di uji dengan ujian yang amat besar sebagai seorang ibu. Kali ini kasih telah sekali lagi di tahan di wad, selepas daripada menerima rawatan biasa kerana hasil pemeriksaan doktor, urite acid Kasih mencecah 446 di samping darah tinggi Kasih juga telah meningkat. Kasih telah ditahan pada hari rabu yang lalu (28.10.2009). Mutiara mendengar perkhabaran tersebut dengan hati yang kurang senang tapi Mutira tetap meneruskan kerja seperti biasa di sek. Hari Khamis (29.10.2009) Mutiara telah pergi ke Majlis Multaqa Guru-guru Agama Kerajaan Johor di Kota Tinggi. Bermula dari jam 8 sehingga jam 5 petang, Mutiara telah kesana bersama dengan Kak Izan dan Kak Jannah. Bagi Mutiara apa yang menarik di sana adalah semasa pembentangan kertas kerja yang kedua oleh Doktor Ismail bin Mustari yang telah membentangkan tajuk Peranan Daei' dalam Masyarakat. Tajuk ini amat menarik..nanti Mutiara ceritakan apa isi kandungan pembentangan tersebut.

Pada jam 3 petang hari tersebut, Mutiara mendapat sms dari Kasih yang menyatakan bahawa Doktor telah menyenaraikan namanya sebagai pesakit yang akan dioperatian pada hari selasa 3 haribulan...tekejut Kasih dengan berita tersebut, akan tetapi Mutiara cuba menenangkan diri dan menyatakan kepada Kasih supaya bersabar dengan ujian Allah ini. Apa yang penting bagi Mutiara adalah keadaan Kasih dan Baby nanti dalam keadaan selamat dan sihat...

Ya Allah, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kasih akan dioperation untuk mengeluarkan baby. Mutiara bermohon kepadaMU Ya Allah akan Engkau memberikan kerahmatan terhadap diri hambamu ini dan menyelamatkan kasih serta baby serta menguatkan diri mereka dalam menghadapi ujianMu Ya Allah....amin. Mutia bermohon agar semua sahabat Mutiara juga untuk sama-sama mendoakan keselamatan Kasih..semoga Allah membalas budi baik kalian.. amin

Mutiara Berkursus di SK Kota Jaya

Hari ini (21 Oktober 2009) mutiara dah bangun awal dan keluar awal dari umah sewa ke SK Tmn Kota Jaya kat Kota Tinggi. Kul 6.50 pagi lagi dah keluar. Bukan apa, mutiara bukan tau sangat sekolah tu kat mana so takutlah tersesat ke apa ke jadiknye kenalah keluar awal. Kursus Pendedahan HSP Thn 3 Kegunaan 2010 siri keempat yang dijalankan melibatkan ramai guru j-Qaf dari sekolah-sekolah daerah Mersing, Kota Tinggi dan Pasir Gudang. So semasa kursus ni mutiara dapatlah jumpa ramai sahabat-sahabat masa kat maktab dulu. Kira oklah dapat tukar-tukar cerita dan pandangan dengan diorang. Dapatlah tau perkembangan sahabat-sahabat ni, adalah yang sebelum ni bujang sekarang dah kawin, ada yang sebelum ni anak baru 2-3 orang sekarang dah bertambah lagi 1-2 orang, ada yang dulu kurus sekarang dah agak berisi. So macam-macamlah perkembangan baru yang diperolehi tentang sahabat-sahabat semua.


Namun apa yang lebih penting adalah input yang telah diperolehi sepanjang kursus yang telah dijalankan. Agak menariklah juga semua sesi taklimat yang dijalankan oleh semua JLU yang dipertanggungjawabkan. Sesi pertama kursus telah dijalankan oleh Ustaz Nazihah dari SK Muhibah Kulai. Mutiara amat tertarik dengan penyampaian beliau yang menekankan tentang pentingnya guru-guru bahasa arab untuk sentiasa merujuk kepada buku HSP yang telah dibekalkan kepada semua guru bahasa arab. ini kerana melalui panduan yang diberikan, ia sebenarnya memudahkan guru-guru dalam menentukan aras dan juga aktiviti yang dapat dijalankan dalam sesi P & P.

Manakala sesi kedua pula adalah taklimat berkaitan dengan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) yang telah disampaikan oleh Ustazah Maizatul. Beliau telah menerangkan beberapa kepentingan yang berkaitan dengan PKSR dan menjelaskan tentang cara pelaksanaan PKSR bagi tahun 2010. Di mana penilaian akan dibuat berdasarkan dua elemen penting iaitu ujian lisan (20 markah) dan ujian penulisan (30 markah). PKSR akan dijalankan sebanyak 4 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Mei serta bulan Julai dan Oktober. Markah dari PKSR 1 dan 2 akan digabungkan bagi mendapatkan penilaian pertengahan tahun, manakala markah PKSR 3 dan 4 akan digabungkan bagi mendapatkan markah penilaian akhir tahun. Perkara penting yang telah dinyatakan juga adalah e-pelaporan bagi bahasa arab kemungkinan akan dirumuskan berdasarkan kepada pemarkahan ujian yang telah dijalankan ini.

Taklimat sesi ketiga adalah berkaitan dengan Pemainan Bahasa Arab Sekolah Rendah yang telah disampaikan oleh seorang ustazah dari SK Bandar Batu Pahat. Banyak input yang telah diberikan kepada semua peserta kursus antaranya pemainan anak panah, pemainan cak cak, pemainan tembak-tembak, dan pelbagai lagi. Seterusnya diikuti dengan nyanyian lagu-lagu yang tedapat dalam buku teks bahasa arab tahun 3 sesi 2010. Kesimpulannya semua taklimat yang telah disampaikan adalah amat menarik dan memberikan pelbagai idea-idea baru bagi semua peserta yang mengikuti kursus tersebut. Diharap kursus-kursus yang membina seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memantapkan lagi kefahaman guru bahasa arab terhadap proses pengajaran dan pembelajaran subjek bahasa arab itu sendiri.

Wallahua'lam.......

Mutiara Buntu Tanpa Kasih



Setelah beberapa bulan Mutiara bergelar suami dan akan bergelar sebagai bapa...barulah Mutiara tersedar dari lamunan bahawa Mutiara mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam kehidupan sebagai seorang lelaki. Tanggungjawab bukan lagi untuk diri sendiri malahan untuk orang yang kita sayangi sebagai isteri. Tambahan pula, beberapa peristiwa yang berlaku beberapa hari lalu apabila Kasih dimasukkan ke Hospital...bertambahlah kesedaran Mutiara tentang betapa besarnya pengorbanan seorang isteri terhadap suami dan pengorbanannya untuk menjadi seorang ibu. Barulah Mutiara tersedar bahawa Mutiara perlu menyanyangi Kasih dengan sepenuh hati kerana Allah.. KasihKu Sayang...Mutiara sedar bahawa Mutiara tidak akan dapat berjalan sendiri tanpa hadirnya Kasih dalam hidup Mutiara..tempang rasanya kaki tatkala Kasih tiada di sisi Mutiara...Cukuplah dengan hanya sedikit daripada ujianNya yang diberikan kepada kita... Ia telah menyedarkan banyak perkara tentang apa sebenarnya kasih sayang yang perlu terjalin antara insan yang bergelar Suami dan Isteri...Ingatlah kata Mutiara ini...sesungguhnya Mutiara buntu tanpa Kasih...

Mutiara Beraktiviti di Sekolah





Mutiara Kasih di Danga Bay




Video Mutiara Kasihku Sayang






Category:   Leave a Comment

Entri Terkini

Flash Bahagia Mutiara Kasih

Ikut Mutiara

Sahabat Mutiara