Hari-hariku sebagai Papa




Sudah agak lama Mutiara tidak update blog ni...so Mutiara rase nak berkongsi sedikit tentang hari-hari di mana Mutiara telah digelar sebagai bapak budak.... alhamdulillah apa yang Mutiara inginkan telah dimakbulkan oleh Allah...selama ni Mutiara amat bersyukur sangat kerana Allah sentiasa memudahkan urusan Mutiara..sebelum mempunyai anak, Mutiara selalu berfikir mesti best bila ada anak...mungkin Mutiara akan menjadi lebih matang seperti sahabat-sahabat Mutiara yang terlebih dahulu memiliki anak.. sebelum ni cemburu sering mendatangi diri Mutiara terhadap mereka ni.... tapi sekarang Mutiara telah memilikinya (anak)... cukup seronok sekali...walau kadang-kadang cabaran mendatang tetapi itulah sebenarnya kemanisan yang sedang Mutiara alami..anak memang anugerah dari ALLAH yang tidak ternilai harganya bagi seorang insan...


Semasa cuti sekolah akhir tahun 2009, Mutiara puas menjaga Permata (anak) bersama Kasih tetapi bila dah start kerja...hanya sekali dalam seminggu sahaja Mutiara dapat bersama dengan Kasih dan Permata...kadang-kadang sedih juga kerana tidak dapat bersama-sama Kasih untuk menjaga Permata..kesian Kasih sebab penat sorang-sorang melayan kerenah Permata...sememangnya Mutiara amat berterima kasih kepada Kasih kerana telah banyak berkorban selama ini....walau penat dan letih tetapi Kasih tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu dengan baik....TERIMA KASIH KASIH..semoga Kasih dapat tabah dalam menghadapi dugaan Allah...


Hidup sebagai seorang papa ni cukup aneh...he2 sebab apa? em sebabnya...kalau belum ada anak, kalau talepon isteri selalu tanye tentang isteri dulu tetapi bila dah ada anak..talepon isteri tetapi mesti nak tau tentang anak dulu....betullah kata kak Nah, "orang laki memang macamtu...kalau tepon isteri bukan nak tanye tentang isteri dulu, dia tanye tentang anak dulu, bila ditanya "orang yang sedang bercakap ni tak tanye tentang khabar dia ke?" dia cuma jawab "kalau dah boleh jawab talipon maknanye sihat lah tu...." he2 kelakar kadang-kadang bila difikirkan.. kak Nah cakap lagi..."dulu masa takda anak tak cite apa-apa pun tapi bila dah ada anak asyik nak cite tentang anak je...."


Hem...nilah maknanya perubahan dalam hidup seorang lelaki..dah ada rasse tanggungjawab sebagai seorang bapak so asyik nak cite tentang anak jelah...kah2 Kasih jangan marah tau...Mutiara tetap sayang Kasih dan juga permata sama rata dan sama adil...Insyaallah...


semoga kebahagiaan yang sedang kita kecapi sekarang akan terus diberkati Allah dan akan berkekalan hingga ke syurga... amin...

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply

Entri Terkini

Flash Bahagia Mutiara Kasih

Ikut Mutiara

Sahabat Mutiara