Mutiara Berkursus di SK Kota Jaya

Hari ini (21 Oktober 2009) mutiara dah bangun awal dan keluar awal dari umah sewa ke SK Tmn Kota Jaya kat Kota Tinggi. Kul 6.50 pagi lagi dah keluar. Bukan apa, mutiara bukan tau sangat sekolah tu kat mana so takutlah tersesat ke apa ke jadiknye kenalah keluar awal. Kursus Pendedahan HSP Thn 3 Kegunaan 2010 siri keempat yang dijalankan melibatkan ramai guru j-Qaf dari sekolah-sekolah daerah Mersing, Kota Tinggi dan Pasir Gudang. So semasa kursus ni mutiara dapatlah jumpa ramai sahabat-sahabat masa kat maktab dulu. Kira oklah dapat tukar-tukar cerita dan pandangan dengan diorang. Dapatlah tau perkembangan sahabat-sahabat ni, adalah yang sebelum ni bujang sekarang dah kawin, ada yang sebelum ni anak baru 2-3 orang sekarang dah bertambah lagi 1-2 orang, ada yang dulu kurus sekarang dah agak berisi. So macam-macamlah perkembangan baru yang diperolehi tentang sahabat-sahabat semua.


Namun apa yang lebih penting adalah input yang telah diperolehi sepanjang kursus yang telah dijalankan. Agak menariklah juga semua sesi taklimat yang dijalankan oleh semua JLU yang dipertanggungjawabkan. Sesi pertama kursus telah dijalankan oleh Ustaz Nazihah dari SK Muhibah Kulai. Mutiara amat tertarik dengan penyampaian beliau yang menekankan tentang pentingnya guru-guru bahasa arab untuk sentiasa merujuk kepada buku HSP yang telah dibekalkan kepada semua guru bahasa arab. ini kerana melalui panduan yang diberikan, ia sebenarnya memudahkan guru-guru dalam menentukan aras dan juga aktiviti yang dapat dijalankan dalam sesi P & P.

Manakala sesi kedua pula adalah taklimat berkaitan dengan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) yang telah disampaikan oleh Ustazah Maizatul. Beliau telah menerangkan beberapa kepentingan yang berkaitan dengan PKSR dan menjelaskan tentang cara pelaksanaan PKSR bagi tahun 2010. Di mana penilaian akan dibuat berdasarkan dua elemen penting iaitu ujian lisan (20 markah) dan ujian penulisan (30 markah). PKSR akan dijalankan sebanyak 4 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Mei serta bulan Julai dan Oktober. Markah dari PKSR 1 dan 2 akan digabungkan bagi mendapatkan penilaian pertengahan tahun, manakala markah PKSR 3 dan 4 akan digabungkan bagi mendapatkan markah penilaian akhir tahun. Perkara penting yang telah dinyatakan juga adalah e-pelaporan bagi bahasa arab kemungkinan akan dirumuskan berdasarkan kepada pemarkahan ujian yang telah dijalankan ini.

Taklimat sesi ketiga adalah berkaitan dengan Pemainan Bahasa Arab Sekolah Rendah yang telah disampaikan oleh seorang ustazah dari SK Bandar Batu Pahat. Banyak input yang telah diberikan kepada semua peserta kursus antaranya pemainan anak panah, pemainan cak cak, pemainan tembak-tembak, dan pelbagai lagi. Seterusnya diikuti dengan nyanyian lagu-lagu yang tedapat dalam buku teks bahasa arab tahun 3 sesi 2010. Kesimpulannya semua taklimat yang telah disampaikan adalah amat menarik dan memberikan pelbagai idea-idea baru bagi semua peserta yang mengikuti kursus tersebut. Diharap kursus-kursus yang membina seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memantapkan lagi kefahaman guru bahasa arab terhadap proses pengajaran dan pembelajaran subjek bahasa arab itu sendiri.

Wallahua'lam.......

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply

Entri Terkini

Flash Bahagia Mutiara Kasih

Ikut Mutiara

Sahabat Mutiara